Sebagai contoh, kesan menghidu atau memakan bawang merah boleh menyebabkan kita mendapat simpton bersin, mata dan hidung berair. Oleh itu, bawang merah ini jika diproses dan di ambil tenaganya akan menjadi penawar atau remedi yang mujarab bagi masalah selesema, mata dan hidung berair.
Kesimpulannya, segala bahan dan penyebab penyakit apabila tenaga bahan dan penyebab penyakit tersebut diambil, maka ia akan menjadi penawar.
Pepatah melayu ada mengatakan bahawa bisa ular boleh menjadi penawar kepada orang yang terkena patuk ular.
Antara peralatan, bahan herba dan media Perubatan Homeopathy
PRINSIP HOMEOPATHY
- Semua penyakit ada ubatnya.
- Penyakit yang berpunca dari pada keracunan, penyelesaiannya ialah berubat dengan menggunakan 'racun' yang serupa.
- Kaedah menerbitkan tenaga ubat daripada racun melalui proses potentisasi atau triturasi.
- Pengilangan ubat-ubat homeopathy berasaskan salah satu atau kedua-dua kaedah tersebut.
REMEDI HOMEOPATHY
Remedi
yang paling tepat dapat ditentukan dengan membandingkan kesamaan simptom
penyakit dengan simptom remedi. Remedi homeopatihy berasal daripada pelbagai
punca seperti:
- ALAM TUMBUHAN - sebilangan besar remedi homeopati berasal daripada alam tumbuhan.
- ALAM HAIWAN - racun-racun haiwan. berbisa seperti ular dan serangga berbisa.
- ALAM KIMIA - terdiri daripada unsur, sebatian (asid, bes, garam) dan mineral.
Apabila remedi yang tepat berasaskan simptom diberikan pada kekuatan atau
potensi yang sesuai bagi mengatasi masalah penyakit, maka akan sembuhlah
penyakit berkenaan dengan izin Allah S.W.T.
Haruslah diingat, dalam keadaan tubuh bergerak menuju kearah kesembuhan daripada gangguan penyakit, akan berlaku sedikit tindakbalas simptom. Tindak balas simptom ini bukanlah kesan sampingan dan hanya bersifat sementara. Malahan, ia tidak membahayakan.
Ini menunjukkan bahawa remedi yang diambil adalah bersesuaian dan sedang bekerja menghilangkan penyakit daripada tubuh itu. Ianya juga dikenali sebagai krisis penyembuhan (healing crisis). Pesakit dinasihatkan supaya bersabar dan meneruskan makan ubat sehingga penyakit benar-benar sembuh.
Haruslah diingat, dalam keadaan tubuh bergerak menuju kearah kesembuhan daripada gangguan penyakit, akan berlaku sedikit tindakbalas simptom. Tindak balas simptom ini bukanlah kesan sampingan dan hanya bersifat sementara. Malahan, ia tidak membahayakan.
Ini menunjukkan bahawa remedi yang diambil adalah bersesuaian dan sedang bekerja menghilangkan penyakit daripada tubuh itu. Ianya juga dikenali sebagai krisis penyembuhan (healing crisis). Pesakit dinasihatkan supaya bersabar dan meneruskan makan ubat sehingga penyakit benar-benar sembuh.
DEFINISI VITAL FORCE (KUASA HAYAT)
Dalam keadaan sihat, vital
force yang bersifat ruhani menggerakkan organisma/material agar menduduki di
tempat (maqam) tertinggi. Ia berfungsi mempertahankan pancaindera &
aktiviti-aktiviti semua bahagian agar organisma dapat hidup dalam keadaan harmonis
yang menjurus kepada ketakjuban. Lantas kuasa ruhaniah yang menduduki organisma
tersebut boleh dengan bebas menggunakan jasad yang sihat untuk mencapai
matlamat unggul kewujudan manusia.
PERKEMBANGAN HMEOPATHY
Oleh kerana kemujaraban dan keberkesanan dan selamatnya sistem ini, Homeopathy
berkembang maju ke seluruh dunia. Semakin ramai mula berjinak-jinak dengan
perubatan homeopathy dan memilih perubatan ini sebagai perubatan alternaltif
kepada sistem perubatan konvensional yang menggunakan dadah dan streoid.
Semakin ramai juga doktor-doktor konvensional mempelajari dan mengamalkan
perubatan Homeopathy. Perubatan Homeopathy juga sudah diiktiraf oleh Badan
Kesihatan Sedunia (WHO).
PENGASAS HOMEOPATHY
Pengasas perubatan Homeopathy, Samuel
Hahnemann, telah dilahirkan di Meissen berhampiran Dresden, Jerman pada 10
April 1755. Beliau mendapat ijazah perubatannya pada tahun 1779. Ketika
berkhidmat sebagai doktor di beberapa buah bandar, Hahnemann tidak lupa
memahirkan diri dengan mempelajari pelbagai jenis bahasa, baru dan lama, dan
juga ilmu kedoktoran silam. Selain daripada menjadi seorang doktor, beliau juga
terkenal sebagai pakar kimia, ahli mineralogi dan botani, malah beliau boleh
dianggap sebagai seorang ahli sains yang serba berkebolehan.
Berdasarkan kepada
pembacaan dan pemerhatian Hahnemann ke atas sistem rawatan pada masa itu dan
yang terdahulu, beliau begitu tertarik kepada tindakbalas ubat-ubatan di dalam
menyembuh penyakit. Kajiannya tertumpu kepada kesan kulit pokok Cinchona (kulit
kayu Quinine atau Peruvian) ke atas penyakit malaria kerana penyakit berkenaan
merebak luas ketika itu dan antara yang paling merbahaya.
Walaupun Walaupun
ada penulisan di masa itu berhubung kuasa penyembuhan kulit pokok Cinchona,
tetapi Hahnemann tidak begitu berpuas hati dan mengambil keputusan untuk
membuat ujian sendiri ke atas manusia yang sihat – iaitu dirinya sendiri.
Hasilnya, selepas mengambil jus kulit pokok berkenaan secara berterusan, beliau
mendapati simptom (gejala) malaria pada dirinya seperti kesejukan, panas dan
berpeluh serta gejala sampingan lain.
Dengan lain
perkataan, kulit pokok Cinchona yang digunakan sebagai penawar (ubat) untuk
menyembuhkan malaria juga memberikan kesan (gejala) yang sama jika diberikan
secara berterusan kepada manusia yang sihat.
Penemuan prinsip
rawatan ini yang dipanggil “Similia Similibus Curentur” di dalam bahasa Latin
atau “sesuatu yang serupa menyembuhkan yang serupa” menandakan permulaan satu
falsafah perubatan baru yang akan membawa kesan besar kepada dunia perubatan.
Kajian demi kajian telah dilakukan oleh Hahnemann bersama teman seperjuangannya dan akhirnya beliau berjaya membukukan falsafah perubatan Homeopathy di dalam bukunya yang terkenal bertajuk “Organon”, dan diikuti kemudian dengan terbitnya buku panduan perubatan Homeopathy pertama “Materia Medica Pura”.
Kemajuan Homeopathy berjalan dengan pesat dengan banyak lagi penemuan baru dan penerbitan buku-buku panduan, dan telah berkembang ke serata dunia dan terus dipopularkan sebagai rawatan alternatif penting hari ini.
Hahnemann meninggal dunia di Paris pada tahun 1843 dengan meninggalkan mutiara yang amat berharga, satu falsafah dan kaedah rawatan yang begitu banyak bermanfaat kepada kesihatan manusia sejagat sepanjang zaman.
Sumber: Pusat Perubatan Holistik
Fitrah Health Care @ Masjid Kota Damansara
Jalan Sepah Puteri 5/1, 47810 Kota Damansara, Selangor
H/p: 018-7707866 (Mior)
Fitrah Health Care @ Masjid Kota Damansara
Jalan Sepah Puteri 5/1, 47810 Kota Damansara, Selangor
H/p: 018-7707866 (Mior)
No comments:
Post a Comment