Tenaga gelombang adalah sesuatu yang tidak boleh dilihat tetapi boleh dirasai dan boleh dikesan, contohnya ribut dan taufan yang boleh dirasakan dan boleh dilihat sehingga memberikan kesan kepada manusia dan alam.
Medan tenaga gelombang yang tidak boleh dilihat ini dinamakan "Aura" atau "Medan Ektromagnetik".
Kekuatan sesuatu aura atau medan elektromagnetik pula bergantung kepada kekuatan gelombang yang dihasilkan oleh sesuatu bahan kerana sesuatu bahan dan ciptaan Allah S.W.T. mempunyai kekuatan, tenaga dan fungsi tertentu.
Nur Muhammad (S.A.W.), adalah contoh Aura yang telah wujud sebelum alam ini dijadikan dan berkekalan sehingga ke alam akhirat.
Revolusi perkembangan teknologi gelombang (hf) bukanlah penemuan yang baru, kerana pada akhir abad ke 18 seorang pakar fizik yang bernama Dr. Abram beranggapan bahawa manusia bukan hanya mempunyai bentuk fizikal (jasmani) sahaja tetapi mempunyai tenaga hayat “Vital Force” atau dalam Islam disebut 'rohani'..
Rajah menunjukkan gelombang berfrekuensi tinggi (merah) dan
gelombang berfrekuensi rendah(biru)
Perubatan Holistik adalah satu-satunya rawatan yang menggunakan teknologi gelombang (hf) bersama teknologi DNA yang melalui proses rawatan pancaran ribuan penawar gelombang elektromagnetik yang telah dikodkan. Pengkodan ini diambil dari bahan-bahan yang telah diuji keberkesanannya bagi merangsang dan memperbaiki sistem organ yang meliputi sistem psikologi, saraf, tulang, perkumuhan, endokrin, pembiakan dan sistem otak.
Pengkodan ini juga diambil dari bahan yang mempunyai nilai-nilai spiritual yang tinggi seperti doa-doa mustajab dan ayat-ayat suci Al-Quran.
Sebagai bandingan, applikasi atau sistem kod dalam teknologi gelombang (hf) ini samalah dengan penggunaan pengkodan yang diguna pakai dalam sistem telekomunikasi pada hari ini.
Kredit kepada: Kumpulan Perubatan Elektronik Cawangan Kuala Terengganu
No comments:
Post a Comment