Sunday, 25 October 2015

Struktur DNA



DNA merupakan polimer yang terdiri dari tiga komponen utama, iaitu gugus fosfate, gula deoksiribosa dan basa nitrogen. Sebuah unit monomer DNA yang terdiri dari ketiga komponen tersebut dinamakan nukleotida, sehingga DNA tergolong sebagai polinukleotida. Rantaian DNA memiliki lebar 22–24 Å, sementara panjang satu unit nukleotida 3,3 Å. Walaupun unit monomer ini sangatlah kecil, DNA boleh memiliki jutaan nukleotida yang terangkai seperti rantai. Misalnya, kromosom terbesar pada manusia terdiri di atas 220 juta nukleotida.

Struktur untaian komplementer DNA menunjukkan pasangan basa (adenin dengan timin dan guanin dengan sitosin) yang membentuk DNA beruntai ganda. Rangka utama untaian DNA terdiri dari gugus fosfate dan gula yang berselang-seling. Gula pada DNA adalah gula pentosa (berkarbon lima), iaitu 2-deoksiribosa. Dua gugus gula terhubung dengan fosfate melalui ikatan fosfodiester antara atom karbon ketiga pada cincin satu gula dan atom karbon kelima pada gula lainnya. Salah satu perbezaan utama DNA dan RNA adalah pada gula penyusunnya, di mana gula RNA adalah ribosa.

DNA terdiri di atas dua untaian yang berpilin membentuk struktur heliks ganda. Pada struktur heliks ganda, orientasi rantai nukleotida pada satu untai berlawanan dengan orientasi nukleotida untai lainnya. Ianya disebut sebagai anti paralel. Masing-masing untai terdiri dari rangka utama, sebagai struktur utama dan basa nitrogen yang berinteraksi dengan untaian DNA satunya pada heliks. Kedua untaian pada heliks ganda DNA disatukan oleh ikatan hidrogen antara basa-basa yang terdapat pada kedua untai tersebut. Empat basa yang ditemukan pada DNA adalah:
  1. Adenin (dilambangkan sebagai A)
  2. Sitosin (dilambangkan sebagai C, cytosine),
  3. Guanin (dilambangkan sebagai G),
  4. Timin (dilambangkan sebagaiT).
Kredit kepada: Kumpulan Perubatan Elektronik Cawangan Kuala Terengganu

1 comment:

  1. Wynn Hotel And Casino - Joliet, IL - KTNV
    Wynn Las 오산 출장마사지 Vegas is 여수 출장안마 located in 인천광역 출장샵 Las Vegas Strip, across the street from its sister 구미 출장안마 hotel, Encore. The hotel features more than 의정부 출장마사지 1,200 rooms,

    ReplyDelete